ADA APA DENGAN MENGUAP???

Posted: 5 Juli 2009 in Umum

Ada perbedaan dengan tanggapan umum mengaitkan menguap dengan mengantuk, letih, bosan dan paras oksigen rendah dalam darah, penyelidik Universiti Albany di New York mendapati ia sebenarnya bertindak sebagai mekanisme menyejukkan otak.

Otak membakar sehingga satu pertiga daripada kalori yang diambil, dan akibatnya ia menghasilkan kepanasan atau bahang.

Berdasarkan kajian penyelidik, Andrew Gallup dan Gordon Gallup, otak beroperasi lebih berkesan apabila ia sejuk dan menguap meningkatkan fungsinya dengan meningkatkan aliran darah dan menghala masuk udara lebih dingin.

Sekali lagi bertentangan dengan pandangan popular, penyelidik juga mendapati menguap bukan tanda seseorang mengantuk sebaliknya membantu meringankan keperluan untuk tidur.

Oleh kerana menguap berlaku apabila suhu otak meningkat, menghantar darah sejuk ke otak boleh mengekalkan tahap optimum keberkesanan mental.

Penyelidik mengumumkan hasil kajian mereka dalam jurnal Evolutionary Psychology.

Memberi reaksi kepada kajian itu, profesor psikologi India, Dr H N Malik, berkata: “Tidak banyak kajian dibuat mengenai menguap dan amat sedikit diketahui mengenainya.

“Hingga hari ini, kebanyakan orang menganggap menguap adalah permulaan untuk tidur. Namun, kajian mengubah teori itu. Ia amat menarik.”

Bagi mengkaji teori menguap menyejukkan otak, kedua-dua pakar psikologi Amerika Syarikat itu meminta penuntut menonton rakaman video orang menguap dan mengira bilangan menguap yang berjangkit. Dalam satu uji kaji, mereka mendapati 50 peratus individu yang diarah bernafas secara normal atau melalui mulut mereka menguap apabila melihat orang lain menguap, manakala responden bernafas melalui hidung langsung tidak menguap.

Menerusi kajian lain, mereka dapati subjek yang meletakkan pek sejuk pada dahi bertindak hampir serupa dengan responden yang diarah bernafas melalui hidung – mereka juga tidak menguap manakala kumpulan yang meletakkan pek suam atau pek pada suhu bilik pada dahi menguap secara normal.

Menguap secara purata berlangsung kira-kira enam saat. Degupan jantung boleh meningkat sehingga 30 peratus ketika menguap dan hampir 55 peratus orang akan menguap dalam masa lima minit selepas melihat orang lain menguap. – Agensi

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s